Thursday, August 12, 2010

Guru buta

Tadi pertama kali aku berjalan menggunakan tongkat dan menutup mata. Terasa gelap seluruh dunia. Perasaan takut dan was-was terus beraja dihati ini. Macam-macam perasaan muncul.. takut terlanggar batu, takut jatuh longkang , takut segala-galanya. Aku mula berfikir, kalau aku hanya ditutup selama 10 minit, tetapi bayangkan insan-insan yang bernasib malang yang terpaksa berada didalam kegelapan selama-lamanya. Ya Allah, alangkah bersyukurnya aku dilahirkan sebagai insan yang celik. Aku mampu menatap keindahan ciptaan Allah ini. Betapa beruntungnya aku dikurniakan penglihatan untuk melihat segala kekuasaan Allah. Aku juga bersyukur kerana aku dipilih untuk mendekati insan-insan seperti ini. Dulu aku was-was terhadap pendidikan khas. Sekarang aku yakin, itulah dunia aku. Berbakti kepada insan yang istimewa yang ada diantara mereka adalah ahli syurga. Semoga aku juga akan bersama mereka nanti.

Wednesday, August 11, 2010

kali pertama..

Mula berjinak-jinak dengan blog. Padahal tak tahu langsung macammana hendak menggunakan blog. Tapi orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi, aku perlu berkenalan dengan blog agar suatu hari aku mula mencintai blog. haha....